SEPANG: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 23 Disember depan sebagai tarikh baharu pengurusan kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang didakwa mencederakan dua anggota polis.
Keputusan itu dibuat Majistret Khairatul Animah Jelani selepas pihak pembelaan memaklumkan semua dokumen berkaitan kes telah diterima daripada pihak pendakwaan pada prosiding hari ini.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pembelaan untuk...
KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan sekolah dan keberkesanan sistem pendidikan perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan cadangan mewajibkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun Satu mulai 2029.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, perubahan usia kemasukan ke sekolah rendah daripada tujuh kepada enam tahun tidak seharusnya dilihat sebagai jalan pintas untuk mengatasi kelemahan kualiti pendidikan negara.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan rasional perubahan...