KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menepis dakwaan parti itu menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri merayu keputusan mahkamah berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).
Beliau menyifatkan kenyataan media yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan BERSATU mengenai perkara itu sebagai palsu.
“Fitnah. Fake (palsu),” katanya menerusi Facebook sambil berkongsi kenyataan media berkenaan.
Kontroversi itu tercetus selepas Mahkamah Tinggi pada Khamis membenarkan permohonan...
AYER KEROH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan kerjasama politik antara UMNO dan Pas mampu membuka laluan ke Putrajaya sekiranya persefahaman yang terjalin dapat diperkukuh.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kerjasama itu memerlukan kedua-dua pihak menerima antara satu sama lain serta saling membantu dalam menghadapi pilihan raya.
Menurutnya, perubahan dinamika politik semasa menuntut UMNO menyesuaikan langkah dengan realiti baharu, termasuk menjalin...