Tafsir al-Quran Perlu Ada Disiplin, Howard Akur Tak Ulang Kontroversi Lagi

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwak Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memberitahu Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee akur dengan nasihat dan tidak akan mengulangi perbuatan menafsir ayat al-Quran di masa akan datang.

Menceritakan pertemuan beliau dengan pemimpin DAP itu baru-baru ini, Mohd Na’im menjelaskan bahawa perbuatan mentafsir ayat-ayat al-Quran perlu disertakan dengan pra syarat rukun dan ilmu seseorang yang hendak menafsir sebarang ayat-ayatnya.

“Bila kita nasihat dia (Howard) akur macam itu. Cuma yang saya ingat kita bincang agak panjang dalam dua jam, daripada 9 hingga 11 pagi habis.

“Saya nasihatkan kepada beliau bila menyebut tentang tafsiran al-Quran adalah satu disiplin maknanya dia ada pra syarat rukun dan seseorang yang nak tafsir, tidak kira apa-apa ilmu sahaja perlu kepada satu disiplin yang kukuh sebelum nak ditafsirkan,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Baru-baru ini Mohd Na’im mengadakan pertemuan dengan Howard bagi memberikan nasihat agar berhati-hati dalam menafsir untuk mengelak berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya di zaman media sosial ketika ini.

Terdahulu Howard mencetuskan kontroversi apabila membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran hingga menjadi pertikaian ramai pihak.

BBerkaitan

Latest articles