Syed Saddiq Sah Tubuh Parti Golongan Belia

Selepas mengesahkan tidak akan menyertai Pejuang, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa beliau akan menubuhkan sebuah parti politik yang mensasarkan golongan anak muda sebagai ahli-ahlinya.

“Sekiranya di Thailand mereka dapat menubuhkan parti Future Forward dan di Perancis, mereka dapat menubuhkan En Marche di bawah (Emmanuel) Macron, saya rasa sudah waktunya di Malaysia, untuk memulai gerakan orang muda – teknokrat muda, profesional – ahli politik muda dari pelbagai latar belakang hingga bersatu untuk memastikan suara pemuda akan menguasai di dalam dan di luar parlimen.

“Pada akhirnya, anak muda tidak boleh dipandang ringan lagi. Sudah sampai masanya pada hari ini bahawa politik tidak akan dikuasai oleh orang yang sama – dikawal dan dimonopoli oleh orang tua yang sama,” katanya petik laporan Channel News Asia.

Syed Saddiq merupakan salah seorang daripada enam ahli Bersatu yang dipecat keahliannya selepas memilih menyokong pembangkang pada sidang Dewan Rakyat, Mei lalu.

Pada pengumuman pertama penubuhan parti baru yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, bekas Ketua Armada itu tidak kelihatan di sidang media berkenaan.

Bekas menteri belia itu bagaimanapun hadir ketika pengumuman nama baru parti itu bersama pengumuman calon parti untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Syed Saddiq dalam masa yang sama memberitahu menyokong wadah baru Dr Mahathir bersama empat bekas ahli Bersatu yang lain, namun memaklumkan tiada perancangan untuk bergabung.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini