Bekas ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghantar permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Beliau hadir ke pejabat RoS pada jam 10.30 tadi pagi untuk menghanyat beberapa dokumen pendaftaran parti tersebut.
Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan memberitahu tiada had umur ditetapkan kepada mereka yang ingin menyertai parti itu, selain membuka keahlian kepada pelbagai kaum.
“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita.
Ahli Parlimen Muar itu turut memaklumkan sehingga kini MUDA mempunyai seramai 13 penaja.
Manakala struktur organisasi parti berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.