Syed Saddiq Pertahan Muar Atau Tidak Diketahui Pada Rabu

KUALA LUMPUR: Susulan arahan mahkamah untuk membela diri, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan akan membuat pengumuman rasmi sama ada akan mempertahankan kerusi Muar atay sebaliknya.

Sped Saddiq berkata beliau memegang prinsipnya yang menghormati institusi kehakiman selepas diarahkan membela diri baru-baru ini.

“Status di Muar sama ada saya bertanding atau tidak, nantikan Rabu ini. Apa yang penting, saya menghormati institusi kehakiman dan akan berjuang menegakkan kebenaran,” katanya pada sidang media penamaan calon MUDA semalam.

Terdahulu banyak pihak menggesa beliau agar tidak bertanding pada PRU15 kerana sedang berdepan pertuduhan kes mahkamah.

Syed Saddiq memaklumkan dirinya tidak akan berganjak untuk berhujah pada perbicaraan bermula 22 Februari depan.

“Berani kerana benar, saya akan berjuang demi kebenaran, institusi kehakiman telah beri peluang untuk saya untuk bela diri. Saya tidak akan membazirkan peluang,” ujarnya.

Kelmarin, penyandang Parlimen Muar itu diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

BBerkaitan

Latest articles