Syed Saddiq Nak Tubuh Parti Berasaskan Belia?

Selepas tidak hadir di pengumuman penubuhan parti baru yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa akan menubuhkan sebuah parti baru yang berasaskan belia.

Parti yang disasarkan kepada generasi muda itu dikatakan akan memberi saingan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bekas ketua pemuda Armada itu sehingga kini tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung parti baru itu.

Bekas exco Armada, Ulya Aqamah Husamudin yang mengumumkan keluar dari Bersatu semalam, juga membayangkan rancangan penubuhan parti tersebut.

“Buat masa sekarang, kami sedang bincang dan rancang.

“Apa yang pasti, kami akan mulakan gerakan belia.

“Sama ada itu menjelma sebagai satu parti, itu belum dapat dipastikan kerana ada beberapa ahli belia dari parti lain mungkin akan turut serta, “kata Ulya sebagaimana memetik laporan Malaysiakini.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan sebuah penubuhan parti baru yang berteraskan perjuangan Melayu dan Bumiputera – sebagaimana perjuangan Bersatu yang juga diasaskannya sebelum ini.

Dr Mahathir yang menjadi pengerusi sementara menegaskan parti itu terus mendokong amalan memerangi rasuah.

Daripada enam ahli Bersatu yang dipecat, hanya Syed Saddiq sahaja dilaporkan tidak hadir pada pengumuman berkenaan, yang dikatakan ketika itu sedang berada di Johor.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...