More

    Syed Saddiq Disoal SPRM Hampir 12 Jam

    Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPMR) berhubung kehilangan sejumlah wang di rumahnya pada Mac lalu, hampir 12 jam, selepas dipanggil kira-kira jam 10 pagi tadi.

    Selepas keluar dari bangunan SPRM pada jam 9 malam tadi, Syed Saddiq sekali lagi mendakwa tiada apa yang disembunyikannya dalam siasatan tersebut.

    “Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa-apa. Berani kerana benar,” katanya melalui ciapan di Twitter sambil mengucapkan terima kasih kepada SPRM atas layanan yang profesional.

    SPRM juga dalam masa yang sama menafikan dakwaan pihaknya menahan Ahli Parlimen Muar itu.

    Menurut pegawai Syed Saddiq, Luqman Long, pemimpin itu dipanggil untuk membantu siasatan, selepas berbuat demikian pada semalam.

    Keterangan bekas Ketua Armada Bersatu itu juga pada hari ini berdasarkan rekod kewangan beliau sebelum menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga dilantik menjadi menteri.

    Dalam kejadian 25 Mac lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari peti besi rumahnya yang mana sebahagian besar dari jumlah itu digunakan untuk mengubahsuai kediamannya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini