Syed Mohd Fazmi Tegas Menafikan Rakaman Audio Tular Miliknya

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ke-9, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad, menafikan sekeras-kerasnya berhubung rakaman audio yang tular  di media sosial adalah suara miliknya.

Syed Mohd Fazmi, menyifatkan tindakan itu sebagai satu konspirasi terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ali Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

“Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ke-9 (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata, satu laporan polis telah di buat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, tular satu rakaman audio didakwa milik Syed Fazmi dengan mantan ahli Parlimen Jempol, Salim Mohd Sharif dengan jelas mendesak Salim supaya bersama-sama beliau untuk membunuh kredibiliti mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

BBerkaitan

Latest articles