Syed Berdepan Tuduhan Merogol

Selepas berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, iaitu melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul, selebriti Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful didakwa buat kali ketiga hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan merogol seorang wanita.

Syed, 25 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik beralamat No E-04-23, Hyde Tower, I-City, PSN Multimedia, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 11.35 malam, pada 11 September 2019.

Tertuduh yang memakai kemeja-T biru tiba di mahkamah kira-kira 3 petang dan sempat mengucapkan terima kasih kepada wakil media yang menunggu sejak 9 pagi, sebelum memasuki bilik mahkamah.

Terdahulu pada pagi tadi, Syed Shah Iqmal berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, iaitu melakukan persetubuhan luar tabii dan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelajar wanita.

Dia turut mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan berkenaan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini