Syarikat Malaysia Ubah Hangar Pesawat Perang Menjadi Bandar Metropolis Di United Kingdom

Ramai mengenali dan biasa mendengar nama bandar seperti Manchester, Liverpool, Newcastle, dan Nottingham kerana sinonim dengan kelab bola sepak. Namun, nama bandar Bristol mungkin jarang disebut. Apakah yang menarik tentang Bristol? Ramai yang kurang mengetahuinya.

Bristol terletak di sebelah barat London. Selama 500 tahun, antara kurun ke-13 hingga kurun ke-18, bandar ini merupakan salah satu daripada tiga bandar terbesar di Britain. Lokasinya yang strategik berhampiran Bristol Channel, yang bersambung terus ke Laut Celtic dan bertentangan dengan Cardiff di Wales, menjadikannya penting.

Pesawat Bristol Brabazon yang dihasilkan pada 4 September 1949.

Sejarah Penerbangan Bristol
Di Bristol terletaknya sebuah syarikat penerbangan British yang penting selama lebih 115 tahun, iaitu The Bristol Aeroplane Company. Syarikat ini telah menghasilkan pelbagai pesawat perang bersejarah seperti ‘Boxkite’, Bristol Fighter, Bulldog, Blenheim, Beaufighter, Britannia, dan pesawat ikonik Concorde.

Sebelum Concorde, syarikat ini telah merekabentuk pesawat Bristol Brabazon, yang pertama kali diterbangkan pada 4 September 1949. Nama Brabazon diambil daripada Leftenan Kolonel John Theodore Cuthbert Moore-Brabazon, Menteri Pengeluaran Pesawat bagi kerajaan British pada tahun 1941-1942. Brabazon juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan.

Tapak hangar pesawat Bristol Brabazon pada tahun 2019 – gambar dari South Gloucestershire Council

Transformasi Tapak Hangar Brabazon
Masa berlalu, dan pada Julai 2019, tapak hangar pesawat perang di Bristol Brabazon telah dijadikan kawasan pembangunan baharu oleh pihak berkuasa tempatan, South Gloucestershire Council. Ketika itu, Bristol merupakan bandar keenam terbesar di United Kingdom, dengan populasi sekitar 1.6 juta penduduk.

Pada tahun yang sama, syarikat Malaysia, YTL, diumumkan sebagai pemaju utama projek pembangunan di tapak tersebut. Pada tahun 2021, YTL menambah 1,000 rumah, kawasan hijau, dan ruang komersial. Menjelang 2024, syarikat ini telah membina 1,500 unit flat untuk pelajar dan 400 unit rumah eksklusif yang dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam.

Pencapaian Luar Biasa YTL
Kini, pada tahun 2025, Bristol Brabazon sudah siap dan sedia diperkenalkan kepada dunia. Kawasan ini kini merangkumi 6,500 unit rumah, dengan nilai ekonomi sebanyak £5 bilion. Transformasi ini adalah hasil usaha syarikat Malaysia, yang telah berjaya menukarkan tapak bersejarah ini menjadi sebuah bandar metropolis moden.

Menurut Ahli Majlis South Gloucestershire, Chris Willmore, pembangunan di Brabazon adalah langkah penting ke arah mewujudkan komuniti mampan di Bristol. Datuk Bandar West England, Dan Norris, menyifatkan pelaburan YTL sebanyak £2 bilion akan membuka 30,000 peluang pekerjaan baharu.

Penghormatan Kepada Malaysia


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir menyaksikan pelancaran rasmi Bristol Brabazon, satu detik bersejarah yang membanggakan negara. Dalam ucapannya, beliau menyifatkan pembangunan ini sebagai peluang emas, terutamanya dalam konteks CPTPP (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership), yang melibatkan 12 negara dengan GDP gabungan bernilai USD15.8 trilion pada tahun 2024.

“Pelaburan oleh syarikat Malaysia di UK bukan sahaja tentang pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen kita dalam membina kerjasama yang memacu inovasi, memupuk kemakmuran, dan menyumbang kepada dunia yang lebih baik,” kata Tan Sri Francis Yeoh.

Kolaborasi antara YTL dan United Kingdom bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah terjalin sejak pengambilalihan Wessex Water pada tahun 2002.

Menurut catatan di Laman facebooknya, PM Anwar berkata kestabilan politik dan kesiapsiagaan untuk menyahut perubahan teknologi dunia ketika ini adalah penting untuk menarik minat dan tumpuan para pelabur.

Malaysia antara lokasi penting yang perlu berada dalam radar para pelabur dunia mengambil kira dua faktor tersebut selain polisi kerajaan yang kritikal terhadap soal tenaga, kecerdasan buatan dan industri semikonduktor.
Saya maklumkan, untuk refleksi transisi kemajuan ekonomi dan kejayaan, Malaysia perlu sokongan para pelabur tempatan dan luar negara disokong dengan faktor kestabilan dan keharmonian benua ASEAN yang dahagakan sinergi pelaburan serta perdagangan baharu.

Brabazon: Bandar Baharu yang Lestari
Kini, Brabazon dikenali sebagai bandar baharu paling lestari di United Kingdom. Daripada sebuah hangar pesawat perang, ia telah berubah menjadi bandar metropolis moden, simbol kejayaan dan inovasi syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa.

BBerkaitan

Latest articles