Syarikat Malaysia Hasilkan Kit Ujian Covid-19 Untuk Dijual Di EU

Sebuah syarikat Malaysia berjaya menghasilkan dua kid ujian Covid-19 dan mendapat kelulusan untuk dijual di Kesatuan Eropah (EU).

Kit ujian ‘GenoAmp Real-Time RT PCR SARS-CoV-2’ itu menggunakan teknik reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR) bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 berkenaan.

Kit itu merupakan keluaran Medical Innovation Sdn Bhd (Mediven) dapat mengenal pasti virus SARS-CoV-2 menerusi tiga penanda genetik dalam genom virus tersebut yang kurang kecenderungan untuk bermutasi.

Saintis yang terlibat dalam pengeluaran kid terbabit, Nicole Tang berkata kit berkenaan direka khusus untuk menumpukan pada kawasan terselindung gen-gen ini.

“Dengan menumpukan kepada tiga gen berlainan, ia meningkatkan kepekaan ujian dalam mengesan SARS-CoV-2, kerana sekiranya virus itu bermutasi, kebarangkalian untuk ketiga-tiga (gen) tumpuan tersebut untuk bermutasi adalah rendah,” katanya.

Pembangunan kit itu menggunakan dana kerajaan yang disalurkan melalui Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Syarikat itu menawarkan dua jenis kit ujian yang boleh mengesan virus berkenaan.

Satu jenis kit itu dapat mengesan virus berkenaan sahaja, manakala satu jenis lagi turut boleh digunakan untuk menyaring penyakit influenza dan penyakit seperti influenza (ILI) yang lain.

Menurut pengarah operasi Mediven Lim Li Sze, kit itu siap untuk digunakan serta menjimatkan masa dari enam jam ke tiga jam, memandangkan ia mempunyai reagen (bahan uji) yang hadir dalam bentuk siap bancuh.

Dakwa syarikat itu lagi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menguji kit-kit berkenaan dan mendapati prestasinya setanding dengan set piawai yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit AS.

Latest articles

Related articles

spot_img