Suruh Mat Tere Tayang Kemaluan, Tukang Masak Wanita Ditahan

KOTA BHARU: Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur selepas dipercayai terbabit dalam penyebaran video tular memaparkan lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Mat Tere menunjukkan kemaluannya, minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek ditahan kelmarin di ibu negara selepas laporan polis dibuat oleh Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, atau lebih dikenali sebagai Mat Tere.

“Wanita berkenaan kini direman selama empat hari dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok,” katanya dalam sidang media semalam.

Mohd Yusoff menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman siaran langsung di TikTok menunjukkan Mat Tere menayangkan kemaluannya dipercayai selepas diminta oleh seorang wanita ketika berinteraksi dalam talian.

Keluarga Mat Tere sebelum ini tampil menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan keadaan istimewa lelaki itu demi kepentingan peribadi atau hiburan murahan di media sosial.

BBerkaitan

Latest articles