Surat Respon Tommy Thomas Kepada Guan Eng Didedahkan

Susulan dari pendedahan kronologi konspirasi antara Lim Guan Eng dan Tommy Thomas, tular gambar surat yang membabitkan penglibatan bekas menteri kewangan dan peguam negara itu yang bertajuk “Application to Release The Frozen Accounts of YBhg. Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng, Founder of the Malaysia Entrepreneurs Foundation”.

Gambar itu dimuatnaik oleh sebuah akaun Facebook Peniup Wisel Siber, membuktikan wujudnya arahan daripada Guan Eng pada tarikh 31 Mei 2019 supaya Pejabat peguam Negara menarik balik pembekuan akaun bank ahli perniagaan terbabit.

Surat berkenaan yang didedahkan adalah daripada peguam negara untuk memaklumkan pelepasan pembekuan akaun bank itu sebagai respon terhadap surat Guan Eng.

Posting gambar berkenaan turut disertakan dengan kapsyen “Apa khabar Lim Guan Eng dan Tommy Thommas , inilah bukti salah guna kuasa Lim Guan Eng yang cuba disembunyikan pejabat peguam negara.”

Terdahulu, Guan Eng didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dalam siasatan kes 1MDB.

Guan Eng ketika mengulas dakwaan itu berkata; “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak,” demikian memetik Malaysiakini.

Dalam pada itu SPRM memaklumkan akaun bank ahli perniagaan berkenaan telah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.

BBerkaitan

Latest articles