Sumber Maklumkan Idea Tubuh Kerajaan Sementara, Ku Li Sebagai PM

Beberapa ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN) didakwa bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara yang dibantu oleh sejumlah menteri dan Majlis Perundingan Nasional (NCC) diwujudkan.

Spekulasi itu timbul di kala Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengadakan rundingan berhubung beberapa isu dalaman membabitkan kedua-dua parti berkenaan.

Kerajaan sementara itu dianggap sebagai pilihan kedua jika Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mendapat sokongan majoriti ketika pembentangan Bajet 2021 yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Kerajaan sementara itu juga, dikatakan bakal dipimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, jika kerajaan PN hari ini, tumbang.

“Sepatutnya, pilihan raya perlu diadakan jika kerajaan tumbang, tetapi disebabkan kita di tengah-tengah krisis Covid-19, kerajaan sementara boleh ditubuhkan,” kata sumber dalaman BN seperti yang dilaporkan FMT.

Tengku Razaleigh, atau Ku Li akan dibantu sehingga 17 orang menteri dan NCC, struktur yang serupa dalam jawatankuasa yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum 1969.

Katanya, kumpulan itu, yang rapat dengan Ku Li, mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Mac depan, selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Dari November hingga Mac, ada cadangan untuk kerajaan sementara dibentuk jika Muhyiddin gagal mendapat sokongan di Parlimen,” ujar sumber itu lagi.

Susulan pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober lalu, Umno mengumumkan bahawa mereka bersedia menarik sokongan kepada PN sekiranya beberapa syarat berhubung perkongsian kuasa tidak diendahkan.

begitu juga dengan spekulasi Umno menyokong usaha Anwar dalam pembentukan kerajaan baru dengan dakwaan surat sokongan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun beberapa ahli parlimen Umno menolak dakwaan berkenaan dengan menegaskan mereka tidak akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu dan DAP.

Malah ramai juga mendesak pendirian Ahmad Zahid terhadap Anwar berhubung isu penubuhan kerajaan baru.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...