Sultan Ibrahim Perkenan Pembubaran DUN Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, pada petang tadi berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN), yang berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengadap Sultan Ismail pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.

“Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” jelas hantaran itu dalam akaun Facebook rasmi Sultan Johor, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles