Sultan Ibrahim Perkenan Onn Hafiz Sebagai MB Johor

JOHOR BAHRU: ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.

Upacara mengangkat sumpah jawatan dilakukan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada jam 3 petang tadi.

Onn Hafiz merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, menang kerusi DUN Machap pada Sabtu lalu, dengan majoriti 6,543 undi.

Pelantikan Onn Hafiz akhirnya menjawab spekulasi penggantian Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020 sehingga DUN dibubarkan pada Januari lalu.

Sejak semalam nama Onn Hafiz dikhabarkan bakal menggantikan Hasni, selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadap Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun wujud suara tidak puas hati dalam kalangan pimpinan UMNO apabila Hasni bakal disisihkan sebagai calon MB, apatah lagi sepanjang kempen PRN Johor berlangsung nama Hasni yang juga ADUN Benut diyakini kepada pengundi sebagai calon tunggal MB.

BBerkaitan

Latest articles