Suhaizan Yakin Jumlah Pengundi Mampu Lebih 70 Peratus

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat menasihatkan pengundi keluar mengundi awal terutama pada sebelah pagi kerana keadaan cuaca yang baik.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, semua saluran berjalan lancar dan kita lihat trafik juga agak baik dibantu oleh pihak polis.

“Saya kira tiada sebab atau halangan untuk semua keluar mengundi,” katanya yang bakal ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Terdahulu Suhaizan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Sekolah di Kebangsaan (SK) Seri Melati, Taman Melati, Tampoi, jam 9.03 pagi tadi.

Beliau yang ditemani isteri, Dr Norsham Idris tiba di pusat mengundi tersebut pada jam 8.50 pagi.

Ditanya peratusan keluar mengundi hari ini, Suhaizan berkata, ia mampu mencecah 72 peratus

“Kita doa capai 70 peratus ke atas dalam keadaan cuaca redup begini lebih baik semua turun mengundi. Pasal belah petang diramal hujan. Elok pagi ini keluar mengundi, redup saja, seelok-eloknya semua turun (mengundi belah pagi),” katanya.

BBerkaitan

Latest articles