Sugarbook Disiasat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membuat penyiasatan ke atas gimik pemasaran laman cari teman Sugarbook yang didakwa mempromosikan gaya hidup tidak bermoral.

SKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, gimik pemasaran itu perlu disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan berlainan, termasuk memperdaya mangsa.

“Pengguna perlu sedar mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

“Risiko scam percintaan akan bertambah, selain turut terdedah kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat

“Selain daripada Sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan ‘dating service’ atau percintaan dalam talian,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi tingkah laku dalam talian anak di bawah jagaan masing-masing dan peka dengan perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan keraguan.

“Pihak SKMM akan memantau dan menyiasat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai aplikasi Sugarbook dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu jika didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.

BACA JUGA – Siapa Punya Kerja Balut Kotak Bungkusan Barang Dengan Seluar Dalam?

“Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dilakukan oleh PDRM,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama semua universiti yang terkait, sedang menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelajar mereka dengan kegiatan sugar baby.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar, dilaporkan berkata usaha terbabit di buat bagi menangani dakwaan yang dilaporkan media itu dengan sebaik-baiknya.

BBerkaitan

Latest articles