Sudahkan Harris Salleh Cermin Dirinya ?

Pandangan Harris Mohd Salleh dalam Forum Daily Express pada 5 Mei 2024 mengenai Labuan adalah menyimpang jauh sama sekali.

Harris seolah menyalahkan Pengerusi Perbadanan Labuan kerana pada anggapannya tidak melaksanakan semua perkara yang Harris mahukan.

Masih lagi hendak bernostalgia dengan Labuan nampak Harris, apakah dia ingat orang lupa siapa sebenarnya yang bersalah dalam isu Labuan ini?

Perlu tanya pada diri sendiri balik, semasa Harris menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1976 hingga 1985 (9 tahun) apa yang telah beliau lakukan di Labuan?

Jangan hendak jadi Mahathir yang kedua di Malaysia, bila sudah tiada jawatan mulalah meroyan bercakap itu ini dan sebagainya. Semacam dia seorang sahaja yang betul.

keratan artikel yang diterbitkan daily express

Tulisan Harris bertajuk “Anifah where are you?” ini adalah terlalu keterlaluan. Orang yang selalu update dirinya dengan perkembangan semasa akan tahu apa yang telah dilakukan oleh Anifah.

Merancang pembangunan terbaharu untuk Labuan, pelaburan Petronas, membuat networking dengan pelabur dan dunia luar, inilah yang sedang dilakukan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan terhadap Pulau Labuan. Anifah bukannya Ahli Parlimen atau Ketua Menteri seperti mana Harris dahulu.

antara keratan laporan berita mengenai usaha Anifah Aman mengenai labuan

Menurutnya, Labuan sekarang berada pada tahap “underutilised” dan menjadi tempat buangan penjawat awam. Dengan memberikan angka penjawat awam makin meningkat dan pertambahan jabatan kerajaan artikel tersebut menuduh sesuatu yang tidak kena berlaku di Labuan.

Ini rumusan yang meleset sama sekali. Pertambahan penjawat awam dan jabatan kerajaan berlaku di seluruh negara, bukan hanya di Labuan sahaja. Membandingkan dengan tahun 1984 (semasa dia menjadi CM) dengan sekarang adalah satu rumusan yang amat-amat tidak tepat.

Lebih teruk bila membanding dengan status Labuan kini dengan Labuan ketika di zaman British. Sesiapa pun yang menulis untuk Harris ini (jika bukan dia sendiri yang menulis) itu agaknya masih di bawah tempurung dan mengatakan pula Labuan masih lagi “Padang Terkukur”. Orang yang melihat dengan mata lalat dan berada di bawah tempurung memang begitulah rumusan yang dia boleh buat.

Tangkap layar tesis yang betajuk Sejarah Pembangunan Ekonomi Sabah Di Bawah Pentadbiran Datuk Harris Mohd. Salleh

Dalam satu kajian oleh seorang pensyarah UMS bertajuk “Sejarah Pembangunan Ekonomi Sabah Di Bawah Pentadbiran Datuk Harris Mohd. Salleh, 1976-1985” merumuskan kekalahan Berjaya (parti pimpinan Harris) kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985. “Beberapa isu seperti peningkatan pendatang tanpa izin, pemberian kad pengenalan biru kepada orang asing, pengislaman secara ugutan dan isu penyerahan Labuan sebagai wilayah persekutuan” hasil tulisan pensyarah tersebut dalam kajian pada tahun 2016 itu.

Ini barulah tulisan yang ada kelas. Sudah terbukti isu Labuan membuat Harris kalah pada waktu itu. Sekarang Harris kenapa hendak sibuk lagi mengenai Labuan sesudah menyerahkannya sebagai sebuah wilayah semasa dia menjadi Ketua Menteri dahulu?

Harris pernah disaman oleh seorang ahli perniagaan bernama James Albanus yang mewakili rakyat Sabah bila mendakwa Harris telah menyerahkan Labuan tanpa pandangan rakyat Sabah terlebih dahulu. Albanus menyatakan kenapa ekonomi Sabah tidak begitu kukuh adalah disebabkan oleh tindakan Harris menyerahkan Labuan sebagai wilayah persekutuan.

Sudah-sudahlah Harris. Pada usia 90 tahun lebih ini, lebih baik berhenti bernostalgia, tulislah perkara yang lebih berfaedah untuk difikirkan secara bersama untuk rakyat Sabah.

Akuilah kesilapan terbesar Harris adalah menjadikan Labuan sebagai wilayah persekutuan. Perkara ini Harris sudah akui suatu ketika dahulu, elok Daily Express siarkan semula agar generasi sekarang di Labuan tahu apa kisah sebenar Harris dan Labuan ini.

Penafian =- artikel  ini diterima melalui email kami dan tidak mencerminkan pendirian editorial therakyatinsight.com

BBerkaitan

Latest articles