“Sudah Terang Lagi Bersuluh”

KUALA LUMPUR: Tiada lagi mana-mana pihak boleh menyangkal dan menafikan kewujudan titah adendum yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar juga menyifatkan bukti nyata Majlis Kesultanan Pahang itu sebagai ,sudah terang lagi bersuluh’.

“Datuk Pengelola Bijaya Ahmad Khirrizal memberitahu tuanku bertitah berkenaan mengeluarkan satu surat.

“Surat tersebut menyatakan terang lagi bersuluh bahawasanya titah adendum itu wujud. Tiada mana-mana pihak boleh sangkal atau menafikan kerana surat itu ada letter head pejabat Istana Pahang.

“Sudah terang lagi bersuluh, tiada lagi didustakan.

“Terima kasih atas sokongan, mudah-mudahan ada harapan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman hari ini.

Surat daripada Majis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari lalu itu ditujukan kepada Mohamad Nizar dan ditandangani Ahmad Khirrizal.

Berdasarkan kandungan surat itu, Al-Sultan Abdullah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui titah adendum bertarih 29 Januari 2024.

Surat itu juga menjadi bukti kepada permohonan Najib mencabar titah adendum seperti yang dibenarkan Mahkamah Rayuan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles