Sudah 25 Tahun Berlalu, Rakyat Dah Jemu Kaitkan Anwar Dan Liwat

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan rakyat pada hari ini sudah bijak menilai dan sudah jemu dengan tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat.

Bukan saja pada hari ini, tuduhan berkenaan sudah diulang tayang sejak 25 tahun yang lalu.

“…dan kalau tak boleh menjawab hujah…kalau saya boleh ulas sedikit…saya ada di dalam Parlimen (semasa insiden tikam lidah).

“Apa yang berlaku ialah salah faham je. Bila Perdana Menteri dah terangkan bahawa tuduhannya bukan pada masalah rasuah tetapi melepaskan dalam isu DNAA dan Perana Menteri masih lagi menjawab tentang DNAA.

“Tetapi, orang yang sana tak nak menerima dan menjadikannya sebagai pentas kehakiman di Parlimen…itu drama sebelum berakhir sidang,” katanya di sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Unit Pangsapuri Selangorku, hari ini.

Sementara itu Amirudin, yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin kelmarin yang akan membuat laporan polis termasuk di seluruh negara terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Mohd Jidin.

Amirudin menyifatkan tindakan itu sebagai wajar dan suatu tindakan yang mengikut undang-undang.

Ujarnya tuduhan Radzi terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak membawa sebarang kebaikan, malah rakyat sendiri telah menolaknya.

“Itu tindakan ada undang-undang dan sebagainya…teruskanlah, sebab saya rasa benda itu tidak akan membawa kebaikan dan rakyat pun menolak

“…sebab itu dibuat (laporan) untuk ambil tindakan undang-undang, tapi, budaya politik ni tak sihat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Unit Pangsapuri Selangorku, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin kelmarin yang akan membuat laporan polis termasuk di seluruh negara terhadap Radzi.

Kelmarin Shamsul dilapor berkata, beliau akan meneliti hansard Dewan Rakyat terlebih dahulu dan jika benar kenyataan itu direkodkan, pihaknya akan meminta polis menyiasat ahli Parlimen berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles