Strategi Kuatkan Parti Jadi Agenda Mesyuarat MKT UMNO Malam Tadi

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan malam tadi membincangkan kesepaduan untuk mengukuhkan parti.

Ini juga termasuklah solidariti parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Bung Moktar, ketika ditamya pembubaran Parlimen berkata, ia adalah hak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pandangan yang sama turut disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malah beliau berkata, perbincangan turut mengarahkan kepada solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat MKT UMNO malam tadi dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan kepimpinan parti lain.

BBerkaitan

Latest articles