Status Solat Jumaat, Tunai Haji Diketahui Khamis Ini

Kerajaan akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad juga berkata keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji atau sebaliknya akan diumumkan pada hari yang sama.

“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah,” katanya dalam sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020, di Putrajaya hari ini.

Indonesia dan Singapura mengambil langkah untuk tidak menghantar jemaah haji bagi tahun ini atas alasan kesihatan susulan wabak Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

BBerkaitan

Latest articles