Status MN: UMNO Kata “Biar Dalam Lipatan, Tak Perlu Buka Lagi”

KOTA TINGGI: Nampaknya hala tuju kerjasama UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) semakin jelas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kerjasama politik antara parti itu dan PAS ‘biarlah diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.’

“Bukan kita tidak mahu malah kita yang memulakan. Kalau hidung tak mancung, kenapa pipi mesti tersorong-sorong,” katanya ringkas dalam sidang media ketika meninjau Pusat Daerah Mengundi Kota Kecil Timur, hari ini.

Turut sama dalam tinjauan Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), adalah calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, Muszaidi Makmor dan DUN Johor Lama, Norlizah Noh.

Reaksi itu merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang mengatakan bahawa MN masih belum berkubur dan tidak ada mana-mana parti yang mengisytiharkan pembubarannya.

Malah beliau memaklumkan, status MN akan dilihat semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BBerkaitan

Latest articles