BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa peguam kanan Gopal Sri Ram pernah memujuk beliau supaya menangkap Najib Razak atas dakwaan rasuah pada 2018, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-14.
Pengakuan yang dibuat Apndi melalui facebooknya malam ini nyata mengejutkan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Sri Ram Gopal yang juga merupakan Ketua Pendakwaan kes Datuk Seri Najib Razak.
Gopal menyuarakan permintaan itu semasa berkunjung ke rumahnya pada Januari 2018, katanya.
Permintaan menahan perdana menteri itu pula, menurut Gopal, adalah arahan Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu mengetuai Pakatan Harapan, kata Apandi.
“Pada suatu malam dalam bulan Januari 2018, Gopal Sri Ram datang ke rumah saya selepas beberapa kali menelefon meminta untuk bercakap dengan saya secara terus dan peribadi.
“Oleh sebab beliau juga bekas hakim, saya setuju,” kata Apandi dalam hantaran yang beliau sebut bayangan awal kepada sebuah bab dalam memoirnya.
Beliau telah memberi indikasi bahawa beliau mahu memujuk saya untuk menyahbekukan satu akaun firma guaman kerana peguam yang telah melantik Gopal perlu dibayar dan akaun yang dibekukan itulah sumber wang pembiayaan mereka.
Gopal telah sebelumnya menghantar representasi ke Pejabat Peguam Negara di mana sayalah Peguam Negara pada waktu itu. Namun setelah berbincang dengan pegawai-pegawai di divisyen jenayah, saya telah menulis kepada Gopal dengan respon yang negatif.
Gopal tiba di rumah saya dengan ditemani oleh seorang peguam muda berbangsa Cina dan setelah duduk, Gopal terus melancarkan hujahnya tentang mengapa saya tidak sepatutnya memberi response negatif kepada representasinya. Namun saya telah menjawab hujah Gopal dan saya terangkan bahawa kesemua yang telah saya tulis di dalam surat telah difikirkan dengan teliti dan telah dibincangkan oleh kami di pejabat Peguam Negara.
Selepas itu, tiba-tiba Gopal kata bahawa soal akaun firma guaman itu sebenarnya hanya merupakan alasan untuk bertemu saya. Gopal kata dia ada agenda yang lebih besar untuk bertemu saya.
“Tun M hantar saya untuk bertemu kamu.”
“Tun M mahu kamu menangkao Najib di pejabat Perdana Menteri, kamu pergi esok jam 2 petang, kami sudah uruskan pihak Polis Putrajaya untuk lakukan apa yang perlu mengikut arahan kamu. Kami juga telah uruskan seorang majistret untuk mengeluarkan perintah reman ke atas Najib apabila dia dibawa ke hadapan Majistret itu nanti.”
“Bro, kamu akan jadi hero di mata rakyat dan akan mencatat sejarah sebagai Peguam Negara pertama untuk menangkap seorang Perdana Menteri yang masih berkuasa.”
“Jangan risau, kami dah letakkan pelan-pelan asas, apa yang aku perlu sekarang adalah untuk engkau setuju.”
Saya pun bertanya Gopal, “Atas asas apa saya perlu menangkap PM?”
Gopal berkata: “Bro, ramai di luar sana yang sangat frust dan tak happy dengan Najib. Bila engkau tangkap Najib saja, atas apa sebab saja pun, akan menyebabkan orang ramai gembira.”
Gopal Sri Ram memujuk bersungguh-sungguh dan beritahu saya yang dia perlukan jawapan segera dari saya dan Saya beritahu biar saya fikirkannya semalaman.
Gopal kemudian telah pulang bersama peguam muda berbangsa Cina yang dibawanya bersama.
Pada ketika itu, saya dan keluarga saya teruk diserang di media sosial oleh pihak pembangkang dan juga cybertrooper pihak kerajaan.
Tidak ada sebab untuk saya menyelamatkan sesiapa memandangkan saya pada ketika itu adalah “musuh semua pihak.”
Gopal Sri Ram boleh cuba menafikan ini tetapi saya beri peringatan kepada beliau bahawa pada masa material peristiwa itu, saya adalah Peguam Negara dan rumah saya dilengkapi dengan CCTV, (ada satu kamera spesifik di ruang tamu utama). Juga para bodyguards saya dan pegawai-pegawai polis di pondok keselamatan rumah saya juga ada.
CCTV tidak akan berbohong dan saya juga ada barisan saksi saya.
Kredit terjemahan asal kepada facebook Nabeel Naqie