SPRM Rakam Keterangan Pendakwah Bebas, Ketua Kewangan Pusat Dakwah Kedah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada semalam telah merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang ketua jabatan kewangan serta perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di Kedah bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana.

Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 1.30 petang untuk memberi maklumat berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

“Siasatan kini berada pada peringkat melengkapkan keterangan daripada semua pihak berkaitan,” katanya.

Pada Ahad, kedua-dua suspek dibebaskan daripada tahanan reman pada pukul 5 petang selepas ditahan buat kali kedua sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad mengesahkan rakaman percakapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Beliau berkata, kedua-dua individu dimaklumkan dibebaskan malam tadi dan siasatan akan disambung semula hari ini.

BBerkaitan

Latest articles