SPRM Nafi Sekat Guan Eng Ke Sabah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan sekatan yang dikenakan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng daripada memasuki Sabah.

“Tak betul. Mahkamah hanya sekat pasport dia ke luar negara sahaja.

“Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu Guan Eng berkata dirinya ditahan di Jabatan Imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semalam.

Bekas menteri kewangan itu memberitahu tiba di lapangan terbang berkenaan pada jam 11.45 pagi menggunakan pas lawatan sosial dan berjaya melepas pihak imigresen.

Namun ketika hendak memasuki kenderaan, Guan Eng berkata didatangi seorang pegawai kanan imigresen dan memintanya masuk semula ke premis berkenaan untuk ke pejabat imigresen.

Guan Eng kemudiannya mempersoalkan mengapa wujud halangan daripada SPRM untuk dirinya memasuki Sabah.

Bagaimanapun beliau dibenarkan memasuki negeri itu semula selepas setengah jam ditahan di jabatan imigresen.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini