SPRM Nafi Niat Jahat Dalam Siasatan Terhadap Aman Palestin

KUALA LUMPUR: Setiap siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana pihak adalah secara profesional dan adil tanpa sebarang niat jahat.

Hal itu ditegaskan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki, sambil menambah bahawa badan penguatkuasa itu sedia mendedahkan
kepada mahkamah mengapa pembekuan aset dibuat.

Beliau merujuk kepada tindakan SPRM membekukan 41 akaun bank syarikat Aman Palestin yang bernilai lebih daripada RM15 juta pada 23 November lalu.

Azam juga menambah terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka merasa ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tindakan pembekuan aset bagi membantu siasatan adalah berdasarkan Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang.

“Ia adalah tindakan yang biasa dijalankan dalam mana-mana siasatan sekiranya ada keperluan.

“Ingin ditegaskan SPRM telah dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk menyiasat dengan adil dan tegas sebarang isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, terutamanya kes berkepentingan awam yang melibatkan ketirisan dana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Aman Palestin dalam sidang medianya memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya.

Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata pertubuhan itu tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika SPRM enggan bertindak.

Aman Palestin juga mendakwa kenyataan media SPRM pada 23 November lalu berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif.

BBerkaitan

Latest articles