SPRM Lancar Strategi Tiga Serampang Perangi Rasuah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan tiga strategi utama bagi merealisasikan negara bebas rasuah menerusi Pelan Strategik SPRM 2026–2030.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pendekatan dikenali sebagai Three-Pronged Approach itu merangkumi penguatkuasaan berkesan, pencegahan menyeluruh dan pengurusan yang efektif.

Menurutnya, fokus akan diberikan kepada sektor berisiko tinggi seperti perolehan kerajaan, sindiket, kartel, projek monopoli serta jenayah di sempadan termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

“Dana awam dan peruntukan khas kerajaan juga akan dipantau rapi bagi mengelakkan ketirisan besar,” katanya pada Majlis Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM 2026 di Putrajaya, semalam.

Azam berkata, SPRM akan memperluas penggunaan Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) dan memperkukuh rejim pencegahan pengubahan wang haram (AML) secara berpusat melalui Bahagian AMLA.

Beliau turut memaklumkan Malaysia kini berada pada tahap penilaian tertinggi FATF iaitu Regular Follow-Up bersama Bank Negara Malaysia.

Dalam masa sama, SPRM akan memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), analitik data dan forensik digital bagi menangani kes kompleks.

Azam menegaskan pendidikan antirasuah akan diperkukuh melalui kerjasama dengan institusi pengajian dan media, selain mengingatkan warga SPRM menjaga kesejahteraan kerja demi prestasi tinggi.

BBerkaitan

Latest articles