SPRM Kena Siasat Salah Laku Presiden, CEO Petronas

Selepas pembentukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim November tahun lalu, semakin banyak pembongkaran salah laku dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin terdahulu.

Ini termasuklah ‘orang-orang’ di keliling pemimpin berkenaan.

Petronas juga tidak terkecuali, apabila Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz didakwa terlibat dengan rasuah.

Bahkan turut menguatkan lagi dakwaan salah laku itu adalah pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ia telah menerima aduan daripada beberapa pihak berkenaan Tengku Muhammad Taufik.

Antara yang menyiarkan skandal rasuah itu adalah The Corporate Secret yang mengaitkan lantikan Tengku Muhammad Taufik dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Di bawah merupakan lampiran aduan yang diterima SPRM berhubung Tengku Muhammad Taufik baru-baru ini.

Mengikut pendedahan itu, Petronas dikatakan ‘memberi’ hampir RM400 juta terhadap syarikat Petrofac yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.

Anehnya Petronas memberi layanan istimewa kepada Petrofac.

Sedangkan Petronas sebelum ini mengangkat pendirian tiada rasuah dibenarkan diamalkan syarikat itu, dalam sebarang tender dan projek.

Yang peliknya Petrofac secara rasminya dilarang menyertai tender atau kontrak baru di Emiriah Arab Bersatu sejak 15 Mac 2021 selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak itu mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.

Begitu juga dengan tiga tuduhan rasuah yang diajukan oleh Pejabat Serious Fraud Office berkenaan pembayaran kepada ejen untuk mempengaruhi pemberian kontrak bernilai $3.3 bilion di Emiriah Arab Bersatu.

Bekas eksekutif Petrofac mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain pada tahun 2019 yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.

Kesemua salah laku itu mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Hal-hal yang disebutkan seperti di atas bagaimanapun tidak memberi kesan kepada Tengku Muhammad Taufik apabila kontrak tetap diberi kepada syarikat yang sama dengan nilai USD 96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak.

Hal itu diumumkan sendiri oleh Petrofac pada 8 dan 9 Nov 2021.

Malah hal ini juga membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja Petronas itu sendiri yang berasal dari Sarawak, yang turut menuduh ada lagi isu rasuah dalam projek berkenaan, selain isu permit kerja.

Sehubungan itu adalah penting untuk menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyiasat segera skandal rasuah Tengku Muhammad Taufik, Petronas dan Petrofac, malah mungkin ada lagi penglibatan pihak lain yang masih belum didedahkan.

BBerkaitan

Latest articles