SPRM Kaji Elemen Rasuah Tender Rundingan Terus

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima beberapa memorandum daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu pemberian 101 projek atau perolehan kerjaan bernilai RM 6.61 Bilion secara runding terus

Melalui satu kenyataan Akhbar SPRM berkata mereka akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberika secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu. Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentikan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara itu,

Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada Suruhanjaya itu untuk meneliti perkera berkenaan.

Sementara itu Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya menyiasat pendedahan 101 projek perolehan RM6.61 bilion ditawarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara rundingan terus.

Naib Presiden PCM, Muralitharan Ramachandran, berkata SPRM perlu menjalankan siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu.

Beliau berkata, SPRM juga digesa menyiasat kelulusan dan kelayakan syarikat terbabit dalam melaksanakan projek itu.

“SPRM harus menyiasat adakah berlakunya pengaliran wang oleh kerajaan ke atas syarikat terbabit.

“SPRM perlu siasat adakah nilai sesuatu projek itu diluluskan mengikut dasar dan berpatutan dengan nilai semasa projek berkenaan atau ia membabitkan harga yang sudah dinaikkan.

“Jika perkara itu berlaku, apakah status kewangan berkenaan dalam syarikat itu merujuk kepada pelaksanaan projek berkenaan,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di SPRM di sini, hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...