SPRM Belum Buka Kertas Siasatan Terhadap 101 Projek Rundingan Terus Zaman PH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sehingga kini belum membuka kertas siasatan terhadap kesemua 101 projek yang diluluskan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kementerian Kewangan Dedah Senarai 101 Projek Rundingan Terus PH

Guan Eng Tak Pernah Bawa 101 Projek Berjumlah RM6.61 Bil Ke Kabinet, Kata Azmin

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya sedang melakukan analisis terhadap projek-projek yang didakwa itu sama ada mempunyai kaitan rasuah atau tidak.

“Bawah amalan Perbendaharaan, ada tiga kaedah untuk mengeluarkan tender bagi sesuatu projek dan salah satunya adalah secara rundingan terus.

“SPRM sekarang sedang melihat dan mengkaji senarai syarikat yang menerima projek-projek berkenaan dan menilai sama ada terdapat unsur rasuah ataupun tidak dalam rundingan tersebut,” katanya di sesi soal jawab bersempena Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Melaka hari ini.

Untuk rekod, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sidang Dewan Rakyat 24 Ogos lalu mendedahkan sepanjang pentadbiran PH selama 22 bulan kerajaan meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...