SPR Umum Tarikh PRK Gerik, Bugaya 16 Jan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah diadakan secarar serentak pada 16 Januari depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dengan menambah hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala hari untuk mengundi awal adalah pada 12 Januari .

Manakala tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding sehingga pukul 11.59 malam pada 15 Januari.

“PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah bagi mengisi kekosongan di kerusi-kerusi berkenaan.

“Bagi pelaksanaan kedua-dua PRK ini, SPR akan mengguna pakai Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang telah digunakan semasa PRU DUN Sabah Ke-12 dengan beberapa penamnbahbaikan.

“Semua aktiviti berkempen berbentuk ceramah, syarahan, kempen ziarah rumah ke rumah, walkabout dan pengedaran pamplet secara bersemuka adalah tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media SPR.

Dalam masa yang sama Abdul Ghani menasihatkan untuk calon bagi kedua-dua PRK berkenaan menggunakan saluran media sosial untuk berkempen, selain dibenarkan untuk memasang bunting di dalam kawasan pilihan raya.

Jelas beliau, petugas parti atau calon perlu mengelakkan pertembungan semasa pemasangan bunting bagi mengekalkan penjarakan fizikal.

“Aktiviti berkempen mengunakan kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara adalah dibenarkan pada waktu yang munasabah.

“Namun ia tidak boleh menyebabkan berlaku perkumpulan atau  perhimpunan penyokong,” katanya.

Menerusi dua PRK ini, SPR mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi dan memohon kerjasama semua pihak termasuk pihak media dan parti-parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi.

Dalam masa yang sama, semua pihak terlibat diingatkan untuk patuh dengan garis panduan yang telah dikeluarkan bagi memastikan PRK ini berjalan lancar di samping memastikan tiadanya kluster baharu COVID-19 wujud.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...

Kerajaan Benarkan Kedai Cermin Mata Dan Dobi Layan Diri Beroperasi Ketika PKP

Kerajaan sudah memperhalusi bahawa ada keperluan untuk membuka kedai cermin mata dan dobi layan diri dalam kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk...