PETALING JAYA: Pilihan raya negeri (PRN) Melaka ditetapkan pada 20 Nov dengan pengundian awal 16 Nov, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hari penamaan calon adalah pada 8 Nov.
Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak 28 pegawai akan dilantik bagi memantau keadaan semasa pandemik Covid-19 sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
“Mereka akan dibantu 80 pembantu pengurus. SPR turut mewujudkan 28 pasukan yang terdiri daripada anggota polis, wakil pihak berkuasa tempatan dan calon untuk memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan PRN Melaka hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat ADUN termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti.
Abdul Ghani berkata, terdapat 495,196 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Melaka.
“SPR berharap 70% pengundi akan keluar mengundi. Kami meminta semua pihak, termasuk media dan parti politik akan menggalakkan rakyat keluar mengundi.”
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Kerajaan negeri terdahulu mempunyai 17 kerusi dan 11 lagi milik pembangkang.
ANTARA FAKTA PRN NEGERI MELAKA 2021
- Tarikh Tarikh Penting PRN Melaka
Penamaan Calon:
8 November 2021 (Isnin)Hari Mengundi Awal:
16 November 2021 (Selasa)Hari Pengundian:
20 November 2021 (Sabtu)DPPR:
Daftar Pemilih Tambahan ST 2/2021 dikemaskini sehingga 3 Oktober 2021Jumlah Pengundi:
495,196 orangNota Tambahan:
*28 Pegawai Pengurus Pilihanraya dan 80 Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya
* Penubuhan 28 pasukan Kempen PP-KPR
* Garis Panduan kempen Pilihanraya akan dikeluarkan oleh MKN, KKM dan PDRM.
* Sasaran keluar mengundi 70%