Speaker Dewan Rakyat Tolak Usul YB Semporna

Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Semporna yang juga Presiden Parti Warisan Sabah di Bawah peraturan mesyuarat 26 (1) dan 27 (3).

Memetik kenyataan media yang dilihat TRI, Tan Sri Dato Mohammad Ariff Md Yusof menolak usul yang dikemukakan oleh Shafie Apdal  serta perincian penjelasannya berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut kerana  tidak selari dengan perlembagaan persekutuan

” Saya mendapati ia adalah tidak selari dengan perkara 43 Perlembagaan Persekutuan  kerana ia mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong dalam perlantikan jawatan YAB Perdana Menteri”

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam majlis mesyuarat” ujarnya lagi

Surat bertarikh 1 Mei yang tersebar di Media Sosial hari ini
Surat bertarikh 1 Mei yang tersebar di Media Sosial hari ini

Sebelum ini media melaporkan terdapat  satu usaha yang  sedang dibuat untuk membuktikan bahawa Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai dukungan majoriti ahli Parlimen untuk sekali lagi dinamakan sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal telah menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat memohon izin untuk mengemukakan usul sokongan kepada Dr Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi.

Usul itu meminta Dewan Rakyat, yang akan bersidang pada 18 Mei ini, membuat ketetapan bahawa Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat, sekali gus menjadi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut Shafie dalam suratnya itu, usul berkenaan tidak bertentangan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik perdana menteri pada Yang di-Pertuan Agong.

Usul itu dikemukakan menurut peraturan mesyuarat yang mensyaratkan ia didahului dengan pemberitahuan kepada speaker Dewan Rakyat dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum sidang.

BBerkaitan

Latest articles