More

    SPA Alami Gangguan Teknikal, Calon Boleh Duduki Semula Kertas A 2 Petang Ini

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan terdapat gangguan teknikal yang berlaku ketika peperiksaan Seksyen A untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada jam 10 pagi tadi.

    SPA dalam satu kenyataan menjelaskan gangguan teknikal itu sudah diatasi segera.

    “Dimaklumkan Peperiksaan ‘Online’ Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang dijalankan pada 27 Ogos 2020 jam 10 pagi mengalami gangguan teknikal pada peringkat awal peperiksaan membabitkan Seksyen A bagi sebahagian besar calon.

    “Namun, gangguan teknikal itu telah dapat diatasi dan Seksyen B serta Seksyen C telah dapat diteruskan mengikut ketetapan jadual serta berjalan lancar.

    “Sehubungan itu, bagi calon yang tidak dapat mengakses soalan di Seksyen A, calon dikehendaki menduduki semula peperiksaan seksyen ini pada jam 2 petang ini,” katanya.

    Difahamkan, 86,877 orang menduduki peperiksaan berkenaan.

    Mengenai khabar angin bahawa sistem peperiksaan itu digodam sehingga tercetus gangguan, jurucakap SPA juga menafikan hal itu sebaliknya berkata ia cuma gangguan teknikal yang sudah diatasi segera.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini