Sokongan G70 Terhadap Anwar Sebagai Perdana Menteri Tidak Wakili Keseluruhan MPN – PM

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberitahu kenyataan profesor Melayu dikenali sebagai G70 yang menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mewakili keseluruhan profesor seluruh negara.

“Itu tidak tepat, saya difahamkan kenyataan itu tidak mewakili Majlis Profesor Negara ia cuma sebahagian. Ia tidak mewakili seluruh profesor dalam Malaysia.

“Semalam saya berkomunikasi dengan Presiden Majlis Profesor Negara, itu bukan mewakili keseluruhn profesor yang ada, biasalah di dalam pertubuhan pun ada yang menyokong ada yang tidak menyokong,” tegas Perdana Menteri ketika ditemui media ketika menghadiri pelancaran semarak Uniti Keluarga Malaysia di Laman Kerayong pada Khamis.

Semalam sekumpulan 70 profesor Melayu tampil menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Wan Ramli Wan Daud selaku jurucakap kumpulan itu mendakwa, Anwar mempunyai pengalaman dan integriti untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum serta meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kenyataan G70 itu ternyata mengelirukan seolah-olah semua profesor menyokong Anwar jadi Perdana Menteri.

“Jelas sekali ia tak mewakili keseluruhan profesor negara. Sangat mengelirukan seolah-olah seluruh profesor menyokong Anwar sebenarnya itu tidak.

“Mereka (MPN) akan buat kenyataan juga, mereka akan menafikan kenyataan itu mewakili seluruh profesor negara,” ujar Perdana Menteri.

BBerkaitan

Latest articles