Sokongan BN Terhadap Belanjawan 2021 Adalah Bersyarat

 

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers (BN), Datuk Seri Najib Razak terus menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off dan lanjutan moratorium pinjaman sehingga Jun 2021.

Sekiranya dua perkara berkenaan dipersetujui, maka keseluruhan ahli parlimen BN akan menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.

“Saya hendak kata bajet ini dibuat dalam masa yang luar biasa. Dan kalau hendak pinda, ia wajar dilalukan kerana dalam keadaan luar biasa.

“Dalam hal ini pendirian BN seperti yang disuarakan Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita hendak pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.

“Sokongan dan rakan-rakan dalam bajet ini tertakluk kepada kedua-dua perkara ini.

“Jadi, sokongan kita kepada bajet ini Yang Di-Pertua adalah bersyarat,” katanya katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Gesaan yang sama dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib, dalam perbahasan yang sama turut melahirkan rasa kelirunya dengan Belanjawan 2021 yang pada pendapatnya, ada beberapa perkara yang diletakkan secara ‘merata’.

Pandangan itu disuarakan sebagai bekas menteri kewangan yang turut bertanggungjawab merangka belanjawaan sebelum ini.

“Pada prinsip, saya bersetuju Belanjawan 2021 adalah perlu inkslusif dan adil. Salah satu masalah bila saya teliti bajet ini Menteri Kewangan dan YB Port Dickson (Anwar) pun sebut, peruntukan diletak di merata tempat.

“Kita hendak cari susah. Saya pun sebagai (bekas) Menteri Kewangan pun keliru. Hendak cari banyak mana untuk program itu, jadi harap format yang akan digunakan pada masa akan datang, lebih jelas supaya senang faham dan mudah.

“Kita tidak mahulah peruntukan dikurangkan tetapi YB (Menteri Kewangan) kata, ada d itempat lain tetapi hendak cari tempat lain tidak tahu di mana? Ini yang jadi pandangan saya agar forrmat teratur dan sistematik,” katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Belanjawan 2021 sukar mendapat sokongan mudah daripada ahli-ahli parlimen pembangkang jika ia tidak melalui beberapa pindaan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini