Sokong Pembangkang, Tun M ‘Berdosa Besar’

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan mencetuskan kucar-kacir politik tanah air menyebabkan orang ramai semakin menentang pendirian bekas perdana menteri itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid juga berkata, tindakan mana-mana ahli politik yang menyebelahi pembangkang juga sebagai satu ‘dosa besar’ yang tak boleh dimaafkan.

“Ini suatu yang malang terutama bagi seorang negarawan yang kita hormat dan banyak berjasa kepada negara yang mengambil tindakan yang saya rasa di luar kewarasan biasa,” katanya yang juga Ketua Bersatu Hulu Terengganu.

Tun M Sokong Keluar PH Dan Tinggalkan DAP, Tetapi Ubah Fikiran

Rosol mengulas pelucutan keanggotan Dr Mahathir dan empat yang lain iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah tiga hari lalu kerana mengambil kedudukan di bahagian pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam pada itu Rosol meminta kelima-lima yang dilucutkan keanggotaan dari parti tidak mengambil sikap mementingkan diri.

BBerkaitan

Latest articles