Sokong GRS, Namun UMNO Tetap Utamakan BN

KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti memberi dukungan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus kekal menerajui Kerajaan Sabah.

Bagaimanapun UMNO tetap meletakkan Barisan Nasional (BN) sebagai keutamaan.

“Keutamaan sebagai parti komponen dalam BN itu akan terus dikekalkan, begitu juga Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mereka juga parti komponen BN, jadi itu harus digariskan bukan sebagai satu prinsip konvensional, tetapi itu perkara yang termaktub dalam perlembagaan BN sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tri-tahunan kali ketiga PBRS, hari ini.

Lebih lanjut, Ahmad Zahid memberitahu bahawa BN akan meneliti kerjasama dengan GRS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang, dengan mengambil kira pandangan daripada parti-parti komponen lain termasuk BN Sabah sendiri, kerana lanskap politik Sabah berbeza daripada negeri-negeri lain.

Ap yang paling penting ujarnya, parti-parti dalam komponen BN perlu memenangkan calon masing-masing untuk membentuk kerajaan.

GRS adalah terdiri daripada beberapa gabungan iaitu Perikatan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Pas), BN (UMNO, MIC,MCA, dan PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

BBerkaitan

Latest articles