‘Sokong Dulu’, Pinta Anwar Kepada Rakan-Rakan Pembangkang

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta DAP dan Amanah untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini.

Bercakap di sidang medianya di Dewan Rakyat, Anwar mendakwa dirinya tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Namun dalam masa yang sama, Anwar berkata Pakatan Harapan (PH) akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika ahli-ahli parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Anwar turut menegaskan bahawa pembangkang tetap menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dengan mendakwa butirannya sebagai ‘tidak realistik’.

“Tetapi apa yang dilakukannya adalah mengumumkan geran dan elaun tambahan untuk barisan depan, petani, nelayan dan lain-lain.

“Itu menjadikan isu ini sulit. Saya tidak mahu dilihat mengabaikan fakta bahawa menteri telah mengambil beberapa langkah, yang lebih diterima oleh rakyat.

“Walaupun Lim (Guan Eng) dan Mohamad (Sabu) mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan,” katanya.

Memetik laporan Malaysiakini, Anwar didakwa tidak melakukan undi belah bahagi dibuat pada saat-saat akhir.

Susulan itu, kesemua ahli parlimen PH mengadakan pertemuan selama dua jam mengenai perkara itu yang dikatakan berlangsung ‘tegang’.

Ada dalam kalangan ahli parlimen tidak berpuas hati dengan keputusan Anwar, menjadikan pakatan itu berada dalam keadaan sulit.

Sumber berkata Presiden Amanah, Mohamad “geram dan kecewa” terhadap presiden PKR itu, manakala DAP “sangat tidak senang” dengan keputusan berkenaan.

Anwar, bagaimanapun menegaskan sokongan pada hari ini bukan bermakna kerajaan PN cukup selesa dengan kelulusan belanjawan tersebut.

“Kita telah buat keputusan untuk minta belah bahagi.

“Seandainya beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita dalam pengurusan kerajaan baik, penyelewengan, soal dasar. Ini kita mula dari hari Isnin,” katanya.

PH katanya, juga ingin penjelasan lebih terperinci mengenai pengumuman terbaru yang dibuat oleh menteri kewangan hari ini.

Hari ini, Zafrul mengumumkan beberapa perubahan, termasuk meluaskan pengeluaran Akaun 1 KWSP kepada semua pencarum yang terjejas pendapatan tahun ini dan pengurangan peruntukan bagi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...