Soal Cuti Tunggu Pengumuman – PM

BERA: Sama ada cuti sebelum atau sehari selepas hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ia akan diumumkan kelak, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Cuti? Tunggulah kalau ada pengumuman, kita kaji dari mula (Parlimen) bubar sudah bincang timing itu.

“Tunggulah pengumuman mungkin banyak lagi (nak diumumkan),” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru hari ini.

Terdahulu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera itu ditanya sama ada kerajaan akan mengumumkan cuti sehari atau selepas hari pengundian ekoran ramai merungut tergesa-gesa untuk pulang untuk mengundi pada waktu cuti hujung minggu sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 19 November ini yang jatuh hari Sabtu.

BBerkaitan

Latest articles