SKMM Siasat Drama, Pelakon Watak Gay

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada semalam memaklumkan pihaknya telah merujuk kes pelakon melakonkan watak gay kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, JAKIM memandang serius isu berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Keluarga Malaysia khususnya umat Islam.

JAKIM, menurutnya juga, berharap pihak yang terbabit supaya sensitif dengan nilai dan budaya masyarakat di negara ini serta tidak bertindak di luar batas dengan nilai ketimuran.

“JAKIM juga menasihatkan masyarakat bertenang dan menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta diambil tindakan sewajarnya,” katanya melalui kenyataan media.

Kenyataan Idris merujuk mengenai seorang pelakon lelaki yang melakonkan babak romantik bersama pelakon lain dalam sebuah siri drama yang disiarkan sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

BBerkaitan

Latest articles