SKMM Serah Notis Niat Penggantungan Lesen Kepada Era FM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyerahkan notis niat dan penggantungan lesen kepada stesen radio Era FM.

Ia susulan insiden tiga penyampainya yang didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu dalam satu rakaman video.

SKMM dalam kenyataan memaklumkan pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.

“SKMM telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam dan satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta,” katanya pada Rabu.

Tambahnya, kertas siasatan akan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya pada Khamis.

Semalam, penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani serta dua lagi kakitangan digantung tugas susulan kontroversi itu.

Ketiga-tiganya telah memohon maaf di atas kejadian itu.

BBerkaitan

Latest articles