SJKP – Inisiatif Kerajaan Tamat Dilema Belia Tanpa Pendapatan Tetap

Saban hari semakin ramai dalam kalangan golongan muda belia lebih cenderung untuk memilih bidang kerjaya ataupun punca pendapatan yang menawarkan fleksibiliti yang tinggi. Golongan ini hakikatnya tidak suka untuk terikat dan memilih kebebasan sebagai saluran untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum.

Sila maklum bahawa istilah ‘belia’ telah ditafsir semula oleh budak hingusan Syed Saddiq semasa beliau berkhidmat selaku Menteri Belia & Sukan kerajaan PH dulu. Melalui Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668), kini belia boleh ditakrifkan sebagai individu yang berusia antara 15 ke 30 tahun.

Walaupun begitu, secara teknikalnya, ia cuma diguna pakai dalam hal urusan pentadbiran harian kerajaan. Kebanyakan pihak secara umumnya masih lagi menggunakan takrif lama yang mendefinisikan belia sebagai individu yang berusia antara 15 ke 40 tahun, contohnya seperti DUN Selangor.

Telah sekian lamanya golongan belia tanpa pendapatan tetap di Malaysia berhadapan dengan dilema yang satu ini. Iaitu dilema kesukaran untuk memiliki rumah milik sendiri melalui pinjaman ataupun skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh mana-mana bank ataupun institusi kewangan.

Kekangan yang dihadapi berpunca daripada kesukaran mendapatkan penjamin. Meskipun ada juga segelintir yang bernasib baik dan berjaya mengatasinya dengan bantuan kenalan rapat atau saudara mara yang sanggup menjadi penjamin, namun sebahagian besar yang lain hanya mampu untuk pasrah sahaja.

Mereka tidak mempunyai pendapatan tetap kerana mereka mencari pendapatan melalui pelbagai cara. Jadi pekerja e-hailing, atau berniaga melalui internet, atau menawarkan khidmat terjemahan buku, atau berniaga sendiri, ataupun macam-macam lagi jenis kerja yang sewaktu dengannya.

Tapi yang pastinya, mereka semua punyai satu persamaan, iaitu mereka biasanya dianggap sebagai kelompok TIDAK MAMPU BAYAR oleh pihak-pihak pembiaya bantuan serta pinjaman seperti pihak bank perdagangan khususnya, dan juga institusi-institusi kewangan yang lain secara umumnya.

Hal ini sedemikian kerana pihak bank atau institusi-institusi kewangan tersebut biasanya memerlukan seseorang atau sebuah badan/organisasi/syarikat sebagai pihak ketiga yang memainkan peranan selaku penjamin kepada golongan tidak berpendapatan tetap seperti yang tersebut di atas.

Maka, ramai di kalangan golongan ini akhirnya terpaksa berpuas hati dengan nasib masing-masing dan melupakan saja hasrat mereka untuk memiliki rumah milik sendiri.

Pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Ismail Sabri Yaakob mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan oleh Kerajaan khas buat belia yang tidak berpendapatan tetap ini hadir membawa berita yang cukup mengejutkan! Berita gembira yang datang sangat tepat pada masanya.

Menurut PM, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini diwujudkan dengan tujuan untuk memberikan akses pembiayaan kepada golongan belia tanpa pendapatan tetap bagi membolehkan mereka mendapat jaminan untuk memiliki rumah. Menurut beliau lagi, untuk permulaan ini kerajaan telah menyediakan jaminan sehingga RM3 bilion melalui skim tersebut.

Tidak pernah terlintas pun di fikiran rakyat bahawa akan hadir seorang pemimpin berhati baik seperti ini yang sanggup meluangkan masa beliau yang cukup mahal nilainya itu, untuk memikirkan serta mencari jalan terbaik bagi membantu merungkai permasalahan yang dihadapi golongan belia tanpa pendapatan tetap seperti mereka ini.

Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang tergolong dalam kelompok tidak berpendapatan tetap ini pasti akan terharu dan bersyukur menerima ‘Hadiah Istimewa’ daripada PM ini.

Terima kasih atas keprihatinan Datuk Seri, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi & bakti Datuk terhadap rakyat selama ini.

Harapan kami golongan belia tidak berpendapatan tetap ini, semoga DS Ismail Sabri Yaakob dipilih semula untuk terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri oleh seluruh rakyat yang layak mengundi dalam PRU15 yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini