Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Akui Kesilapan Promosi Produk Berasaskan Nikotin

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, tampil memohon maaf selepas menyedari kesilapan mempromosikan produk berasaskan nikotin di media sosial miliknya.

Menurut penyanyi berusia 46 tahun itu, kesilapan tersebut berlaku kerana beliau tidak menyelidik atau memahami sepenuhnya maklumat mengenai produk yang dipromosikan.

“Saya mohon maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di hantaran Instagram sebelum ini. Saya sedar ini adalah kesilapan saya kerana tidak menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Ibu kepada dua anak itu juga berterima kasih atas teguran yang diberikan dan memaklumkan bahawa hantaran berkenaan telah dipadam.

“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan makluman mengenai hal ini kepada saya. Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” ujarnya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza menerima teguran daripada pelbagai pihak selepas memuat naik hantaran promosi berkaitan produk nikotin di Instagram.

BBerkaitan

Latest articles