Siti Nuramira mengaku tidak bersalah dakwaan hina agama

KUALA LUMPUR – Siti Nur Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menghina Islam.

Siti Nur Nuramira, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Nuramira didakwa menghina agama Islam dengan mengaku beragama Islam dan menghafaz 15 juz al-Quran sebelum membuang tudung dan baju kurungnya di restoran Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat, atau menjejaskan pemeliharaan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.

Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai.

Mahkamah uga menetapkan 18 ogos sebagai tarikh perbicaraan kes.

BBerkaitan

Latest articles