KUALA LUMPUR: Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 dibebaskan daripada Villawood Detention Centre di Sydney.
Dia dibebaskan selepas ditahan hampir sembilan tahun.
Sirul Azhar dibebaskan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu yang memutuskan bukan warganegara yang tidak dapat dihantar pulang tidak boleh ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.
Bekas anggota polis itu antara 92 orang – kebanyakannya pelarian yang didapati bersalah atas beberapa kes jenayah dibebas dan dibenarkan tinggal di Australia di bawah syarat khas.
Sirul Azhar, yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan model dan penterjemah Mongolia pada tahun 2006.
“Dia bersama saya sekarang, dan saya mengendalikan segala-galanya bagi pihaknya ,” kata anaknya, Shukri Azam Sirul Azhar.
Sirul Azhar yang berusia awal 50-an, melarikan diri pada Januari 2015 ke Australia, kemudiannya ditangkap atas notis Interpol dan ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney.
Kerajaan Australia tidak akan menghantarnya pulang ke Malaysia kerana dia bakal menghadapi hukuman mati kerana menembak Altantuyaa.
Sirul Azhar didakwa melakukan perbuatan itu bersama rakannya, Azilah Hadri.
Suruhanjaya tinggi Australia di Kuala Lumpur telah memaklumkan keputusan itu kepada Kerajaan Malaysia tentang keputusan Mahkamah Tinggi. – Agensi