Single, Album Baru, Showcase dan Konsert Menanti Peminat Siti Nurhaliza

MENDOAKAN sinar yang lebih baik dan keberkatan 2023, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap semua perancangan sama ada peribadi atau kerjaya dapat dilaksanakan dengan baik.

“Mengenai kehidupan, saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi perjalanan diri dan keluarga, menjadikan saya insan lebih baik berbanding hari sebelumnya.

“Saya juga berharap dapat mencapai kebahagiaan melihat anak-anak membesar dengan baik. Mengenai kerjaya pula, saya berharap semua perancangan untuk 2023 dapat dilaksanakan mengikut masa ditetapkan.

“Insya-Allah, saya akan muncul dengan single dan album baharu, persembahan berbentuk showcase dan tentunya konsert besar sempena usia karier memasuki 27 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Jerat Percintaan itu juga mengharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama berjuang memberikan yang terbaik dan kekal kuat menghadapi apa juga cabaran mendatang.

“Semoga diri, keluarga, kehidupan, perniagaan dan seluruh rakyat Malaysia kekal kuat dalam setiap cabaran ditempuhi serta dapat melaksanakan sesuatu yang memberi manfaat untuk semua,” katanya.

Latest articles

Related articles

spot_img